Sunday 15 May 2011

happy teacher's day

selamat hari guru untuk sume cikgu-cikgi di Malaysia..
to cikgu2 yang penat lelah mengajarku...
especially to..
cikgu2 sekolah kebangsaan kg tengah,k.terengganu &
cikgu2 sek men sains dungun,terengganu..
time kasih atas jasa anda sume..
maafkan segala salah silap yang pernah anak muridmu ini lakukan..
halalkan segala ilmu yang telah cikgu2 curahkan..

I LOVE U ALL!!!!

Perkembangan Otak

APABILA melihat sekumpulan kanak-kanak bermain, pada fikiran kita mungkin akan 
bertanya apakah yang berlegar dalam minda mereka?

Adakah mereka tahu apa apa yang dimainkan atau langsung tiada makna? 
Sering kali juga kita melihat keasyikan bayi memegang alat mainan, 
kemudian menggigit, mengetuk atau membaling mainan itu. 

Perkara ini dilakukan berulang-ulang tanpa jemu sehinggalah barang itu pecah dan rosak. 

Bagi bayi dan kanak-kanak yang gemar merosakkan permainan, ada ibu bapa 
melihat daripada pandangan berbeza.



Ada yang tidak lagi mahu membelikan permainan kerana menganggapnya 
membazir dan anak-anak tidak tahu menghargainya.

Namun tahukah anda pemusnahan dilakukan si kecil adalah tanda permulaan 
mereka menunjukkan sikap ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang baru 
dicapai sebelum memulakan penerokaan lebih mencabar?

Ramai ibu bapa tidak tahu bermain adalah proses penting kepada 
kanak-kanak. Melalui aktiviti ini bayi dan kanak-kanak membina pengetahuan 
mengenai sains dan sosial.

Mereka juga terhibur apabila bermain kerana dapat melahirkan perasaan, 
beroleh kegembiraan dan keseronokan.

Ramai ahli psikologi kanak-kanak menekankan kepentingan bermain kepada 
bayi dan kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap permainan 
adalah pekerjaan kanak-kanak. Froebel pula percaya bermain adalah asas
 dalam pembelajaran. Ini amat penting bagi guru merangsang minat dan 
tumpuan kanak-kanak, menggunakan naluri ingin tahu mereka dan 
memotivasikan mereka untuk belajar. 

Menurut Vygotsky (1966) pula, bermain adalah cara kanak-kanak belajar 
mengenai apa yang tidak dapat diajar orang lain. Contohnya, mereka 
dapat meningkatkan kemahiran sosial dengan cara meneroka dan menjelajah dunia sebenar.

Menurut Pengasas Live and Learn, Singapura, Carrie Lupoli, banyak kajian 
dijalankan mengenai kepentingan bermain kepada bayi dan kanak-kanak. 

Ini kerana, usia sebulan sehingga mencecah tiga tahun ke atas adalah masa 
yang sangat kritikal kepada mereka terutama dalam membantu fungsi
 perkembangan otak serta pembelajaran mereka.

Bermain adalah peringkat permulaan kanak-kanak kepada proses pembelajaran, 
membina perhubungan dan kemahiran harian. Kini, ibu bapa cenderung 
melihat kebolehan kanak-kanak pada setiap perkembangan usia mereka. 
Justeru, membina perkembangan otak bayi menerusi permainan memberi
 pengalaman baru kepada ibu bapa.
Ibu bapa harus menyediakan asas dan tapak yang kukuh 
kepada kanak-kanak. Bukan saja menyediakan pembelajaran menerusi 
kebolehan membaca atau mengira tetapi juga lebih daripada itu. Kanak-kanak
 harus diajar berfikir keluar daripada kotak atau lari daripada kebiasaan. Ini 
dinamakan sebagai pemikiran kreatif dan hanya boleh diperoleh menerusi permainan.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak sememangnya tidak boleh dipisahkan 
daripada permainan kerana bermain boleh memberi kegembiraan dan 
kepuasan kepada mereka walaupun bukan untuk mendapatkan sesuatu
 hasil atau mencapai tujuan tertentu.

Bermain juga membolehkan kanak-kanak mencipta dan meneroka suatu 
dunia yang dapat mereka kuasai. Bermain boleh mengawal rasa takut 
sambil berlatih menjadi dewasa. Dalam dunia ini, mereka memperoleh 
kebolehan baru yang membawa kepada keyakinan diri serta ketabahan 
yang diperlukan bagi menghadapi cabaran mendatang. 

Melalui bermain, kanak-kanak mampu meningkatkan pelbagai sudut 
perkembangan diri selain menjadikannya saat yang paling berharga.
Justeru, sangat penting ibu bapa mencari alat permainan yang sesuai dengan 
peringkat usia anak. Dengan bantuan serta sokongan yang betul ketika bermain 
anak akan menjadi lebih bijak, aktif dan menunjukkan perkembangan yang sihat 
bukan saja ketika masih bayi tetapi dalam proses peralihan usia menjadi remaja dan dewasa.

Tuesday 10 May 2011

Lakaran wajahmu..

wajahmu..
indah, berseri...
menawan hati..

aku impikan keindahan itu di benakku...
aku lampiaskan setiap kata-kata pujian buatmu..
aku hiburkan hati yang lara dengan serimu..
dan aku ciptakan satu ruang indah buatmu di hatiku..

lakaran wajahmu..
menghiasi jiwa raga yang dahagakan kasih...
memenuhi kekosongan hati yang sepi..
dan engkau,
menyambung erat satu talian yang sudah lama terurai..
mengajarku erti bahagia..
menyeka titis air mata kesunyian...

dan aku...
lupakan luka yang dulu...
membuka gerbang hati ikhlas buatmu..
wahai cintaku...
kau hiasilah kegelapan jiwa ini dengan keindahanmu..
keu belailah hati ini dengan budi pekertimu....

janganlah engkau tinggalkan aku...
setelah kau tawn hatiku...
dengan lakaran indah wajahmu...
credicted to my loved..cayang kamoo!!



Monday 9 May 2011

Sedetik Lebih


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu..

camat pagi chenta..

monink chenta..da lama ke bangun??

sy baru je bangun nie haa...(anak dara ape tah bangun matahari da tegak nie?) hehe
smlm masa nak tdo saya ada bace novel..sedih sgt tau novel tu..
tajuknya"Lafazkan Khalimah Cintamu"..novel tu saya pinjam jer..nak beli xde duit...hehehe

btape malangnya si anak apabila si ayah tidak mahu menerimanya sebagai seorang anak..
sebaliknya dituduh anaknya tu bawa s**l, menyusahkan hidup mereka sekeluarga.. 
namun, si anak tidak pernah berputus asa menagih kasih si ayah..sehinggalah satu hari, 
si ayah jatuh sakit..  anaknya yang dipanggil s**l inilah yang siang malam menjaga dan 
sanggup menadah muntah ayahnya dengan tangan..tanpa sebarang lapik..    
bayangkan betapa si anak tidak pernah berdendam dengan ayahnya itu..hakikatnya 
semasa ayahnya sihat sekalipun tidak pernah disentuh anak kandungnya itu...
hanya maki hamun yang didengar apabilamereka bertemu..kesiankan...
alhamdulillah, akhirnya Allah telah membuka pintu hati si ayah untuk berubah.. 
emmm,,dah2...nanti penulis novel tu marah pulak..kalau nak tahu cite sebenarnya, bacalah novel tu sendiri...

moral of the story, jangan sia-siakan anugerah Allah..segala kejadian itu ada hikmahnya..